Wednesday, December 8, 2010

Kos Penghantaran Emas Public Gold

Kos Penghantaran Public Gold


Item
Transportation Cost for West Malaysia (RM)
Transportation Cost for East Malaysia (RM)
GOLD


Gold Bar 10 grams
10
20
Gold Bar 20 grams
10
20
Gold Bar 50 grams
20
40
Gold Coin 50 grams
20
40
Gold Bar 100 grams
30
60
Gold Bar 250 grams
50
100
Kilobar 1000 grams
500
1000
SILVER


Silver Bar 250 grams
20
30
Silver Bar 500 grams
30
40
Silver Bar 1000 grams
50
60
DINAR


1 Dinar
0
0
5 Dinar
0
0
10 Dinar
0
0

* kos penghantaran diatas ditetapkan oleh pihak Public Gold bagi semua tempahan diluar Pulau Pinang
* kos penghantaran ini tidak termasuk KOS PENGHANTARAN POS ke tempat anda.

( KOS PENGHANTARAN PUBLIC GOLD adalah kos insuran perjalanan emas dari kilang ke Centre Public Gold semenanjung Malaysia. Oleh kerana harga yang dipamerkan adalah harga LIVE PRICE DUNIA, jadi harga kos penghantaran tidak dapat dimasukan)

Sebarang pertanyaan lanjut adalah amat dialu-alukan.
Silakan melabur tanpa was-was :)

Tuesday, December 7, 2010

Membuat Keuntungan Dengan Emas Fizikal


Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)

Saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.
 ---> Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda :)

Gold Bar Public Gold 100 Gram sesuai digunakan sebab spread 5% sahaja.


Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.
(maaf..bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini bukan untuk anda) 

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
    semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2.

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL

Teknik ini lebih menguntungkan :
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.
    Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya
    Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil,biasanya >100g)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
    kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
    Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
    RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
    naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
    emas di dalam Ar-Rahnu.
    Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
    Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
    boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
.
Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal.


Selamat mencuba, semoga berjaya...
hubungi saya untuk maklumat lanjut.
~bersama membina ekonomi ummah~

Apa itu Ar-Rahnu

1. Apakah yang dimaksudkan Ar-Rahn?
  • Dari segi bahasa ia bermaksud tetap. Ada juga yang memberi maksud menahan.
  • Dalam Bahasa Malaysia, ar-Rahn ialah gadaian yang bermaksud pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (Kamus Dewan, 1993).
  • Dalam istilah fiqh, ar-Rahn bermaksud menjadikan sesuatu harta sebagai cagaran atau gadaian atas sesuatu hutang untuk menjamin pembayaran balik hutang tersebut.
2. Apakah yang dimaksudkan Marhun?
Marhun bermaksud barang yang digadai. Sesuatu gadaian tidak akan berlaku jika tidak wujudnya marhun atau barang yang bernilai dan boleh digadaikan. Barang yang hendak digadai ini mestilah milik sendiri dan bukan barang yang dirampas atau barang yang dipinjam kerana gadaian ke atas kedua-dua jenis barangan tersebut adalah tidak sah.
Islam menetapkan bahawa menerima marhun adalah satu rukun akad Rahn. Oleh itu gadaian tidak dikira berlaku sehingga barang yang digadaikan itu belum diterima oleh orang yang menerima gadaian

3. Apakah syarat-syarat barang gadaian?
  1. Suci dari segi syara’.
  2. Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah kepada manusia.
  3. Barang yang hendak digadai adalah hakmilik penggadai.
  4. Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan ketika berlakunya aqad atau sighah.
  5. Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya .
  6. Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.
4. Apakah maksud penggadai?
Penggadai (Rahin) adalah orang yang menggadaikan barangan (marhun). Gadaian tidak akan berlaku dan tidak dianggap sah jika tidak ada penggadai.

5. Apakah maksud penerima gadaian (Murtahin)?
Penerima gadaian (Murtahin) adalah orang atau pihak yang memberi pinjaman kepada penggadai atas nilai marhun yang digadaikan.

6. Apakah maksud Al Wadiah Yad Dhamanah?
Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

7. Apakah syarat-syarat penggadai dan penerima gadaian?
  1. Berakal
  2. Baligh
  3. Cerdik
  4. Tidak dipaksa
  5. Berkuasa penuh ke atas diri dan hartanya
8. Apakah hukum bergadai ?
Hukum bergadai adalah diharuskan. Para fuqaha bersepakat mengharuskan gadaian, sama ada dalam keadaan musafir atau tidak. Ini berbeza dengan pendapat mujahid dan Ulamak Zahiriyyah yang memandang pensyariatan secara am di dalam Al-Sunnah
Bergadai adalah sesuatu yang disyariatkan di dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 283.
“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang dan memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang-orang yang memberi hutang…)”

9. Apakah perbezaan antara pajak gadai konvensional dan pajak gadai Islam?
Pajak gadai konvensional adalah pajak gadai yang menjalankan operasinya yang tidak mengikut hukum syara’. Pajak gadai konvensional berasaskan kadar faedah dan beroperasi demi keuntungan semata-mata, sementara pajak gadai Islam membawa konsep pinjaman tanpa faedah berasaskan prinsip Qard Al-Hassan, dengan tujuan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Penggadai dikenakan upah menyimpan ke atas nilai barang gadaian (marhun)

10. Apakah kelemahan pajak gadai konvensional?
  1. Nilai gadaian merosot.
  2. Mengenakan kadar faedah yang berlebihan.
  3. Memberi nilai gadaian yang rendah.
  4. Tiket gadaian sukar dibaca atau difahami.
  5. Mengenakan bayaran terhadap salinan tiket gadaian.
  6. Melelong gadaian bernilai lebih RM100 tanpa memberitahu penggadai.
  7. Wang lebih gadaian tidak dipulangkan.
  8. Pemberitahu upacara lelong tidak disebarkan seluasnya.
  9. Pemegang pajak gadai menuntut wang pendahuluan.
11.Apakah objektif Skim A-Rahnu diperkenalkan?
  • Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.
  • Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur riba.
  • Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak konvensional iaitu 24 peratus.
  • Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai konvensional.
12. Apakah keistimewaan Skim Ar-Rahnu sebagai Program Mikro Kredit?
  • Mekanisme pemberian kredit yang cepat (tanpa kerenah biroraksi)
  • Kos pemberian kredit yang relatifnya murah (berbanding dengan skim-skim mikro kredit semasa)
  • Pembayaran balik pinjaman tidak lagi merupakan masalah. (barang emas dijadikan sandaran kepada pembiayaan yang diperolehi)
  • Menjadikan barang emas yang lebih produktif. (barang emas kini boleh dijadikan sebagai modal)
13. Apakah syarat barang gadaian?
  1. Barang emas yang mempunyai mutu emas (Standard Ketulenan Emas) yang dibenarkan iaitu 999, 950, 916, 875, 835, 750.
  2. Dalam menentukan nilai marhun , batu permata tidak diambil kira dan tidak perlu dikeluarkan, hanya perlu menolak berat batu-batu berkenaan secara anggaran.
  3. Milik sendiri, pasangan, ibu bapa atau keluarga terdekat.
  4. Wujud semasa urusniaga.
  5. Jumlah maksimum pinjaman adalah 70% atas nilai marhun (Agrobank)
14. Apakah objektif penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau?
Penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau bermatlamat untuk menjadi wahana / platform (forum) peringkat serantau bagi tujuan menyelaras operasi Skim Ar-Rahnu/ Penggadaian Syariah dan membantu menyelesaikan isu berbangkit di peringkat anggota, di samping membantu dan menggalakkan pertumbuhan. Serta perkembangan perkhidmatan Program Mikro Kredit (Skim Ar-Rahnu) di kalangan anggota Sekretariat membolehkan kumpulan sasar mendapat manfaat optimum.

15. Bilakah penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau ?
Penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau bermula dengan resolusi yang dikeluarkan pada kemuncak Konvensyen Ar-Rahnu Serantau 2002 bersempena dengan Minggu Pembangunan Ekonomi Islam (MPEI) pada 26 hingga 31 Oktober 2002 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Malaysia.

16. Siapakah anggota Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau ?
Anggota-anggotanya terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, Cambodia dan Timor Leste.

17. Apakah peranan anggota Sekretariat Ar-Rahnu Serantau?
  1. Memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha mencapai objektif penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau.
  2. Mendapatkan pengiktirafan dari Kerajaan negara anggota masing-masing.
  3. Membekalkan informasi terkini dari semasa ke semasa untuk dikemaskini di dalam laman web rasmi Sekretariat dalam usaha mewujudkan jaringan komunikasi di kalangan anggota Sekretariat.
  4. Membantu institusi-institusi anggota Sekretariat dalam memaju dan memperkukuhkan pelaksanaan Pajak Gadai Islam/ Pegadaian Syariah.

Monday, December 6, 2010

Emas Sebagai Rizab

Ringgit dijangka cecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012: MIA

 
KUALA LUMPUR -- 29/11/2010: Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim.
“Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011. Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.
“Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns,” katanya.
Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing.
Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan.
“Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan,” katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.
“Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa,” katanya.
Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya.
Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.
Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro=RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang.
EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya.
“Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah.
“Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi,” katanya. -- BERNAMA

Sunday, December 5, 2010

Buying & Selling


1.Pilih produk yang berkenan di hati :
  • ~ Jongkong emas : 20g, 50g, 100g, 250g
  • ~ Dinar : 1, 5, 10 dinar (1dinar= 4.25g)
  • ~ Silver : 250g, 500g, 1 kg
2. Semak harga semasa "We Sell”.
    (Harga tidak termasuk kos penghantaran yang dikenakan PUBLIC GOLD) 
    * rujuk Kos Penghantaran Emas PG dalam link dibawah.

3. Telefon / SMS 
    Haziq (012-5596485 / 019-5227318) untuk pembelian.
    Sertakan nama, produk, bilangan, harga semasa dan cara pembayaran.
    (bagi pembeli baru, sebaiknya anda telefon untuk memperkenalkan diri)

4. Masukkan jumlah wang anda ke dalam akaun 
    PUBLIC BANK / MAYBANK : MUHAMMAD HAZIQ HASBULLAH secara online/kaunter/mesin deposit tunai. 

Maybank : 155108787977

Public Bank : 4730302924

5. Sila simpan resit sebagai bukti.  
    Deposit 50% dikenakan untuk pembelian melebihi RM5000.
    [Caj 5% dikenakan untuk pembatalan pembelian]

6. Terdapat 3 cara untuk penghantaran:

a) BY-HAND
    Hanya untuk kawasan Ipoh @ tergantung kesepakatan. 
    Tetapkan tempat dan waktu untuk bertemu.

b) BY POS.Caj penghantaran dikenakan.

c) Ambil dari Dealer Rangkaian Kami
    Boleh berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut.

7. Pulang ke rumah, tunjukkan kepada keluarga, saudara-mara, kenalan dan cadangkan saya kepada mereka..:)

8. Untuk menjual semula, semak harga "We Buy". 
Jual balik kepada mana2 DEALER PG@ org persendirian yang berminat @ mana-mana kedai emas. 
Harga jualan kepada orang persendirian adalah mengikut HARGA JUALAN semasa. Yang termudah adalah hubungi semula DEALER (termsuklah saya ) untuk dijual semula (HARGA WE BUY) ^_^