Saturday, December 4, 2010

Emas Mengekalkan Kuasa Membeli


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sentiasa sihat dan ceria adanya..
Sempena kenaikan harga minyak kali ini (04/12/10), saya ingin berkongsi suatu info menarik mengenai emas. Salah satu kehebatan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membeli dalam jangka masa panjang (dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang – tidak kira leh minyak naik atau turun :p )
Memang mengkagumkan...!!

Perkara ini turut dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007″ Karangan Prof. Roy W.

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan iaitu :

“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?”

Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

 Petikan daripada buku The Golden Constant – mukasurat 189


Abstrak daripada kulit belakang buku.

Memang untung jika anda menyimpan emas..
Hasil analisis data 447 tahun diatas mendapati bahawa memang menguntungkan sekiranya anda membeli dan menyimpan emas. Ini kerana telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang (harga emas sentiasa meningkat dengan harga barangan komoditi semasa, dalam kata lain : selagi manusia memerlukan barangan dan makanan, harga emas akan terus meningkat). Justeru, bagi saya, ini adalah satu sebab yang kukuh mengapa anda perlu membeli dan menyimpan emas.

Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.
 
Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. 
Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.” . Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar.

Okey fast forward.. ke tahun 2010. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar?
Jawapannya.. ya, boleh!

Jadi di sini saya berkongsi info dengan anda, bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.

Tawaran daripada Green Acres Farm Sdn Bhd. (1 dinar untuk seekor kambing)


Green Acres Farm Sdn Bhd di Dengkil, Selangor. 

Green Acres Farm ialah sebuah syarikat pembekal daging kambing Boer, Farel & baka serta menawarkan perkhidmatan aqiqah, korban, pawah dan latihan. Pemilik syarikat berkenaan ialah En. Abdullah bin Ismail. Beliau menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja.
Beliau berkata, dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek. (jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham)

1 Dinar untuk seekor kambing

Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing :

1 dinar untuk 2 ekor kambing.
Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Green Acres Farm Sdn. Bhd.
Pakej seekor kambing golek dengan harga 2 dinar
En. Abdullah turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 2 dinar.
Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ kambing kampung), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang.
Ini adalah nombor telefon En. Abdullah Ismail, jika anda berminat sila call atau sms beliau di talian 014-6666 996.

Alamat ladang adalah seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Dinar yang diterima.
En. Abdullah menerima semua jenis dinar emas. Tak kiralah dinar emas Public Dinar, Dinar emas Kelantan, Dinar Emas Mariwasa, Dinar Emas Islamic Mint atau apa-apa sahaja dinar yang wujud di Malaysia. Ini kerana setiap dinar emas ini mempunyai piawaian berat dan ketulenan yang sama (4.25 gram emas 22k). Jadi nilai emasnya tetap sama walaupun berbeza pengeluarnya.
Dinar Public Gold






Ayam kampung dengan harga 1 dirham.

En. Abdullah juga menjual ayam kampung dengan harga 1 dirham.(Dirham merujuk kepada syiling perak yang beratnya 3 gram dan ketulenannya adalah 999.9).
Faktanya :
1400 tahun yang lalu harga seekor ayam di pasar Madinah juga adalah 1 dirham. Jadi, jika harga seekor  ayam dibayar dengan dirham maka inflasi adalah 0%. Dengan kata lain, emas dan perak masih mengekalkan kuasa beli yang sama sejak ribuan tahun lamanya (kadar inflasi yang tidak mungkin dicapai oleh mana-mana negara yang menggunakan fiat money@duit kertas)

Sekiranya anda betul-betul mengamati dan berfikir dengan jernih dan waras. Anda pasti dapat membuat kesimpulan:

1. Selain sebagai suatu pelaburan, emas juga adalah penyimpan nilai yang terunggul.
    Ini kerana emas mampu mengekalkan kuasa beli yang sama untuk ratusan tahun,
    malah boleh menjangkau ribuan tahun. Begitu juga dengan perak. 
    Ia turut mengekalkan kuasa membelinya.
2. Emas sangat istimewa. Sejak dahulu hingga sekarang manusia sanggup menerima
    emas sebagai media pertukaran. Tokey kambing tahun 2010 pun sanggup terima.
3. Oleh yang demikian, tindakan membeli dan menyimpan emas boleh dikatakan
     amat bijak terutamanya emas fizikal.
4. Jika anda belum memulakan pelaburan emas, sekarang adalah masa yang terbaik.

Anda boleh membeli emas fizikal Public Gold daripada saya (Haziq) di talian 012-5596485. Siapa sangka suatu hari nanti anda mungkin terpaksa menggunakan dinar untuk membiayai harga petrol yang terus meningkat..hihihi..

'bersama membangun ekonomi ummah'
 
* info dipetik dari jutawanemas.com buat dikongsi bersama.