Tuesday, November 16, 2010

KEPENTINGAN DINAR EMAS DALAM ISLAM.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun bertajuk “Al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.
  • Kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki menjadikan Turki berhutang.
DINAR EMAS PERTAMA DI DUNIA
 
Sedarilah pembaca sekalian, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan banyak berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak keburukan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran.
  • Riba sangat jelas dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).
  • Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahud dan antara tanda kemunculan Dajjal adalah amalan riba.”
SISTEM PELABURAN EMAS SANGAT TELUS DAN TANPA RIBA...Jom ramai2 SAMA-SAMA MELABUR EMAS ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini. Kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap.