Monday, November 15, 2010

EMAS : ASET KEKAYAAN

EMAS SEBAGAI ASET KEKAYAAN

Emas merupakan aset yang PALING BERNILAI dan nilainya tidak akan luput ditelan zaman. Sejak dari dahulu lagi emas merupakan simbol kekayaan bagi seseorang berbanding wang kertas.  Percayalah, wang kertas bukan cara untuk menjamin kejayaan anda kerana nilainya akan menyusut dari hari ke hari. Jadi mari sama-sama kita menyimpan dalam bentuk EMAS YANG LEBIH BERNILAI. Disini saya akan berkongsi tentang keistimewaan emas berbanding wang kertas.....:)
1. EMAS SEBAGAI PENYIMPAN NILAI TERUNGGUL.


Tetap bernilai walaupun telah berabad usianya (makin bertambah nilainya)
  • Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”. Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.. 
  • Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. IA GAGAL MENYIMPAN NILAI UNTUK JANGKAMASA PANJANG. Musuh utama wang kertas ialah INFLASI yang menghakis nilai wang kertas ini.
  • Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Anda tidak perlu takut dan ragu-ragu akan kehilangan nilai dalam jangka masa panjang.

2.EMAS ADALAH SIMBOL KEKAYAAN SEBENAR.

Debu emas tetap bernilai


Wang kertas yang senang untuk dibinasakan
  • EMAS tidak boleh dibinasakan tidak kira samada dibakar, di rendam dalam asid atau berkarat. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Tetapi WANG KERTAS tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul. Hatta dalam bentuk debu pun,EMAS MASIH BERNILAI. 
  • Jadi? Adakah anda masih percaya wang kertas yang mudah terbakar, reput, lusuh dan dicetak sesuka hati layak menjadi simbol kekayaan sebenar? Tepuk dada tanya minda. 

3. EMAS SEBAGAI SIMBOL KEJAYAAN.

Piala Dunia 2010 – Piala emas yang hebat.

  • Kita semua sedia maklum, pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 telah berakhir.  Sepanyol telah menjadi juara dunia dan menjulang Piala Dunia buat kali pertama.Kemenangan hebat mereka diserikan dengan menjulang Piala Dunia yang diperbuat daripada emas.
  • Kenapa dipilih emas..? Ini kerana emas mempunyai auranya yang tersendiri. Dengan kata lain, semua manusia senang tertarik dengan emas dan menjadikan EMAS untuk meraikan pencapaian tertinggi dan terbaik.



Fakta Piala Dunia FIFA.
1.      Ia diperbuat daripada emas 18 Karat
2. Beratnya ialah 5 kilogram
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter).


4. EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASIKAN.
  • Emas sukar diperoleh, sangat unik dan tidak boleh dicipta.Ini berbeza sekali dengan wang kertas kerana ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun
  • NILAI RM 1 JUTA HARI INI PASTINYA TIDAK AKAN SAMA DENGAN NILAI RM1 JUTA PADA 5 TAHUN AKAN DATANG.   Emas pula akan tetap bernilai RM1 juta pada 5 tahun akan datang (malah mengikut trend harga pasaran semasa, harganya PASTINYA meningkat)

Kenaikan harga emas. Fikir- fikirkanlah......
  • Sekiranya anda mempunyai wang kertas bernilai 10 ribu ringgit...anda mungkin menjadi jutawan di Indonesia, Bangladesh atau Zimbabwe..TETAPI sekiranya anda membawa nilai yang sama ke US..nilai wang anda ber “flactuate” mengikut ekonomi US yang tidak stabil..anda mungkin dapat menyara hidup disana TIDAK LEBIH dari 5 hari.. 
 
5. NILAI WANG KERTAS AKAN MENURUN HARGA EMAS PASTI MENINGKAT ;)

Sudah terlalu jelas keuntungan pelaburan emas.
  • Bayangkan perbelanjaan persekolahan anda 10 tahun yang lepas...ibu bagi duit RM2..macam-macam boleh beli..nasi lemak 1 ringgit,air 50 sen dan sekolah petang 50 sen. Tetapi cuba lihat perbelanjaan sekolah anak-anak kita sekarang...RM5 belum tentu cukup sampai ke petang..Sedarilah betapa mata wang kertas akan jatuh nilainya dalam jangka masa panjang tetapi kesannya sudah boleh dilihat sekarang.Wang kertas merupakan penyimpanan nilai yang lemah.