- FAKTOR PERTAMA: Kejatuhan nilai duit kertas akibat cetakan duit yang berlebihan. Cetakan ini boleh dilakukan oleh 2 pihak yang berkuasa mencetak duit secara sah.
Di Zimbabwe, kesan cetakan wang kertas yang berleluasa telah menyebabkan negara tersebut mengalami
Hyperinflasi (nilai wang kertas semakin jatuh/semakin lama semakin susut nilainya). Kesan daripada ini, harga barang yang anda lihat semakin naik menunjukkan nilai matawang kita semakin susut nilai. Ini bukan sahaja wang ringgit, apa-apa saja wang kertas malah mata wang lain termasuk USD juga semakin susut nilai.
| |
HyperInflasi di Zimbabwe menyebabkan harga tiga biji telur 100 Billion Zimbabwe dollar. | | | | |
|
Teringat kata-kata Tun Dr. Mahathir "Dollar seperti tisu tandas" |
- FAKTOR KEDUA: Faktor asas mana-mana perniagaan iaitu penawaran dan permintaan. Jika bekalan emas dan perak kurang dalam pasaran dan permintaan tinggi, maka harga naik. Kes ini berlaku di musim-musim perayaan. Sebab tu harga emas naik bila musim raya puasa, raya deepavali, raya krismas dan tahun baru cina dan sebagainya tapi bila musim panas dan orang cuti, harga emas dan perak turun.Perkara yang sama juga berlaku pada daging, ayam, bawang, cili dan barang-barang lain. Kenaikan dan penurunan harga disebabkan faktor ini tidak berlaku secara berterusan dan jangka masa lama.
Kesimpulannya harga emas dan perak akan bergantung kepada kesan percetakan duit dan juga permintaan/penawaran. Harga emas dan perak menuju puncak sekarang ini (terutamanya dari tahun 2001 hingga sekarang) adalah kesan dari faktor yang pertama. Jika proses cetakan duit ini tidak berhenti, selagi itulah harga emas dan perak akan berada dalam graf menaik. Bila akan berhenti ? Suatu masa bila sistem fiat money / duit kertas ini luput dari muka dunia untuk sekian kalinya.