Tuesday, December 7, 2010

Membuat Keuntungan Dengan Emas Fizikal


Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)

Saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.
 ---> Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda :)

Gold Bar Public Gold 100 Gram sesuai digunakan sebab spread 5% sahaja.


Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.
(maaf..bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini bukan untuk anda

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
    semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2.

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL

Teknik ini lebih menguntungkan :
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.
    Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya
    Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil,biasanya >100g)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
    kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
    Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
    RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
    naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
    emas di dalam Ar-Rahnu.
    Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
    Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
    boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
.
Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal.


Selamat mencuba, semoga berjaya...
hubungi saya untuk maklumat lanjut.
~bersama membina ekonomi ummah~