Wednesday, August 10, 2011

LANGKAH BIJAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN:Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809

Laporan Rizal Tahir dalam harakahdaily memperincikan butiran kenyataan YB Dato' Husam Musa berkenaan dengan kekukuhan Dinar dan Dirham dalam keruduman harga saham dunia.

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.
Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta. Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000. Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik. ”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dolar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang. 

TAHNIAH KEPADA YANG SUDAH MENUKAR ASET KEPADA EMAS..ANDA BILA LAGI..??
"RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT MELABUR SAMBIL BERAMAL"

Tuesday, August 9, 2011

Gold Expansion Target

Gold has been unstoppable as the uncertainty among fiat currencies and risk aversion prompted safety demand, and with the USD hurting, JPY and CHF both weakened slightly by intervention, gold continues to soar as it does not have any prospect of intervention at all.

There is a bearish divergence, but that has not been a good signal for reversal. Or rather, the consolidation after the divergences have been insignificant.

However aside from the bearish divergence, there is a couple other signs that gold might need a break before further rally.

The sharp slide currently is parabolic and has a chance of being a blow-off rally. We might not see the final blow-off, but in the short to medium term, a correction is not inconceivable.

Also, the market has completed a 9-wave rally since the 1478.10 low. This is the structure of a motive wave when there is an extension in one of the smaller waves. By no means however does it mean we can't have further extension, but it does look like an extended 5th, with a blow-off in the 5th.

A bearish scenario in the very short-term can materialize if the market falls below the 1731.45 pivot.
However, a bearish scenario might be contained above 1680, so 1680 should be the maximum target for a strong break and close below 1730.

Expansion Target:
Gold will be sensitive to risk sentiment. A bit of risk appetite coming back can help stall gold's historic rally.
However, the market is prone to buy on dips at the moment, so shorting gold requires a lot of "agility"
The bullish targets for gold can be projected using a fibonacci expansion tool.
We have already hit range breakout target at 1670 and a wave equality projection near 1725. Now, 150% expansion can be the next target near 1860.

Monday, August 8, 2011

PASARAN GOLD (8 OGOS 2011)


Sebelum pasaran ditutup pada minggu lalu(5 Ogos 2011), firma kredit Standard & Poor (S&P) telah menurunkan tahap penarafan kredit US dari AAA ke AA+. Sangat mengejutkan ini merupakan kali pertama dalam sejarah (S&P) menurunkan penarafan kredit ini di US. Penurunan taraf ini berlaku kerana kebimbangan peninghatan defisit perbelanjaan US.Jika dilihat kepada sejarah hutang US ,adalah AGAK MUSTAHIL negara berkenaan dapat menyelesaikan masalah hutangnya dalam tempoh terdekat.
PENINGKATAN HUTANG US SEJAK 1791
 Dan..
ALHAMDULILLAH.. sebaik sahaja pengumuman mengenai Kenaikan Had Maksima Hutang oleh Amerika diumumkan, serta merta berlaku lonjakan harga Gold & Silver di pasaran antarabangsa ekoran berlakunya peningkatan permintaan ke atas komoditi berharga ini bagi tujuan perlindungan harta dan kekayaan disebabkan jumlah hutang yang ditanggung oleh Amerika kini jauh lebih tinggi berbanding jumlah pendapatan yang diraih oleh negara itu.


Dikhabarkan Amerika kini menambah hutangnya sebanyak $2.3 Trillion lagi bagi tujuan pemulihan semula ekonomi dan krisis kewangan di sana. Namun begitu, ia tidak memberi apa2 makna bagi rakyat dan penduduk disana kerana mereka sedar bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi krisis hutang dan krisis ekonomi yang sedang dihadapi.

Pada Jumaat yang lalu juga, telah berlaku kejatuhan besar bagi saham2 dagangan di Wall Street ekoran kebanyakan pelabur mengambil tindakan menjual kesemua saham2 mereka membuatkan saham dagangan di Wall Street merudum kira2 sekitar 4.5% , dan impak kejatuhan ini turut dihadapi oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana saham2 yang didagangkan mengalami kemerosotan kira2 sekitar 1.4%.

Masalah dan krisis kemelesetan Nilai Dollar sebenarnya bukannya hanya menjadi masalah kepada Amerika sahaja, bahkan ianya adalah masalah global kepada negara2 yang menjadikan USD sebagai sandaran kepada Matawang mereka, dan ianya termasuk Malaysia!

Justeru, jangan sesekali melihat permasalahan dan krisis ini sebagai fenomena biasa dan tiada kena mengena dengan kita semua, kerana ianya pasti akan mempengaruhi situasi ekonomi, kuasa beli, harga barangan, pendapatan, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan negara dan pelbagai lagi masalah2 berkaitan ekonomi negara termasuk ekonomi peribadi kita.

Monday, July 25, 2011

Prestasi Pelaburan Komoditi Sehingga 22 Julai 2011


Metals
Year-to-Date Performance
Other Commodities
Year-to-Date Performance
Gold
+12.58%
Crude Oil
+9.24%
Silver
+50.82%
Natural Gas
+8.47%
Copper
-0.25%
U.S. Dollar Index
-5.20%
Platinum
+0.51%
Corn
+20.53%
Palladium
-0.50%
Cotton
-21.31%

 Analisis menunjukkan silver mendahului dan mungkin akan terus mendahului sehingga ke penghujung 2011. Seperti kita sedia maklum harga silver adalah sekitar usd40 dan cuba melepasi resistance 1 sekitar usd 40.90 dan resistance 2 sekitar usd 42.80.  Tiada resistance untuk menuju ke paras tertinggi sebelum ini iaitu usd 49 dan para pemerhati sedang menumpukan bagaimana silver akan terus bergerak ke usd 49. Ini boleh kita perhatikan dalam masa seminggu dua lagi. Apakah silver akan terus melonjak ke usd 49 dari usd 42.80 pada awal Ogos ? Kita tunggu dan lihat..selamat melabur dan selamat beramal..semoga kita semua dimurahkan rezeki...

Saturday, July 23, 2011

Keuntungan Pelaburan Gold & SIlver Setakat Julai Tahun 2011

 
GOLD
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 - 0.41%
Kenaikan Pada Bulan Jun - 4.46%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini - 14.73%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) - 32.23%
Kekuatan Trend Semasa - Strong Bullish 37/50
 
 
SILVER
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 - 2.24%
Kenaikan Pada Bulan Jun - 10.35%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini - 27.91%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) - 114.96%
Kekuatan Trend Semasa - Strong Bullish 31/50