BeritaHarian 2011/07/08
Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014
|
Emas mencapai harga tertinggi pada USD 1590/oz (14/07/2011). |
HARGA
emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga
mencecah AS$2,100
seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014,
meningkat 33
peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32)
segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.
Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart),
Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka
meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram,
4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah
di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan
boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan
menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.
Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di
seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus
mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh
guna rakyat di negara berkenaan.
“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat
komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat
media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala
Lumpur semalam.
Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi
Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia
meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi
itu terus didagangkan pada harga tinggi.
Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang
masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam
pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.
Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam
tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.
“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.
Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan
China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus
berbanding tahun sebelumnya.
Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global
meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding
tahun sebelumnya.
Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40
seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan
berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih
untung lebih daripadanya.
Mengapa masih ragu? Bertindaklah sekarang !!!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut..