Thursday, March 10, 2011

Bekas pramugara 'PINTAR' dalang geng culik


Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan satu daripada sepuluh kepingan emas yang dirampas daripada kumpulan penculik dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang, semalam.

KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.
Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.
Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pengarah syarikat terlibat yang menghidap penyakit kencing manis diculik di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.
Beliau berkata, selepas menculik mangsa, kumpulan penjenayah itu meminta 10 kilogram emas sebagai bayaran tebusan.
 (Utusan Malaysia 10 Mac 2011 )
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyenayah PINTAR ini memamg pandai (bukan saya sokong penjenayah ye..), cuma saya kagum kerana mereka tak mintak@ tak nak duit. Mereka mungkin belajar ilmu ekonomi kat sekolah dulu-dulu..hihihi,,,

Mereka tahu, kalau mintak duit tidak kira berapa banyak sekali pun..nanti 'nilai' duit itu PASTI akan SUSUT juga akhirnya tapi kalau mintak EMAS dan simpan hasil rompakan tersebut untuk seketika nilai EMAS tersebut pasti meningkat berkali-kali ganda ^_^

Sedangkan penjenayah saja sudah mula berfikir kepentingan mencuri@menyimpan kemewahan dalam bentuk 'nilai' yang tak dimamah dek inflasi. 

Anda sebagai insan-insan yang lebih mulia dan waras..apakah tindakan anda? 

Mulailah menyimpan aset@kekayaan anda dalam bentuk emas atau perak yang lebih stabil nilainya.

Jangan takut harga emas yang turun naik itu, beli emas fizikal dan simpan elok-elok. Turunnya harga emas hanya bersifat sementara sebagai 'correction' untuk harga emas itu melompat@memecut lebih tinggi  ^_^

InsyaAllah harganya PASTI naik!!

Rasulullah SAW bersabda : Dari Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal