Soalan ini sering ditanya oleh ramai orang tatkala melihat perbezaan harga emas
yang dilihat di dalam TV atau akhbar membuatkan mereka merasa ragu2
untuk membeli emas kerana merasakan harganya terlalu tinggi jika
dibandingkan dengan yang dilihat di kaca TV. Ini adalah kerana.....
1. Harga emas
fizikal tidak mempunyai harga Siling, iaitu ianya tiada harga
maksimum, tetapi ianya mempunyai harga Lantai atau harga Minimum.
Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun
Indeks harga yang sentiasa berubah2 yang kebiasaannya boleh dirujuk di
laman web "kitco.com". Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan
sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di
pasaran dunia sahaja.
2- Justeru, apabila ianya dizahirkan
didalam bentuk fizikal, sudah pasti terdapat beberapa kos tambahan yang
terlibat seperti kos Minting, Labour Cost, Security dll kos yang
terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Kebiasaannya,
syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang
terlibat seperti Public Gold, akan mengenakan kos tambahan yang amat
rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran
mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.
4- Manakala bagi
pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah
kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang
lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga
dijual pada harga yang lebih tinggi.
5- Disebabkan faktor2 ini
juga banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini
menjual emas secara Trading, iaitu mereka mengimport emas dari luar
secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli atau Dealer mereka
tanpa perlu menanggung kos2 tambahan tersebut. Kebiasaannya, disebabkan
mereka mahu produk tersebut dijual dengan cepat bagi mengelakkan risiko
kerugian, mereka akan menjualnya pada harga yang lebih rendah dan
mengenakan kadar spread (beza harga jual/beli) yang lebih tinggi bagi
mengaut lebih banyak keuntungan