Tuesday, May 3, 2011

Bagaimana Pasaran Akan Datang?

Alhamdulillah, selesai juga semua urusan untuk hari ini (tapi hakikatnya dah masuk hari baru..huh..) Dari awal pagi lagi hp ni menerima sms dan call tak henti-henti bertayakan pasaran emas semasa. Harga emas dan silver yang turun pada awal dagangan pagi tadi membuatkan mereka-mereka@pembeli yang bijak, mengambil kesempatan untuk menerus meng'lock' harga dalam kuantiti yang besar. Ramai juga kawan-kawan yang mulanya hanya diatas pagar, tetapi akhirnya tidak ketinggalan untuk memulakan langkah membeli emas bagi tabungan masa hadapan.

Perkiraan saya tentang perspektif pasaran akan datang adalah baik bagi emas. Ini kerana dollar akan terus melemah walaupun bank-bank di amerika mengekalkan kadar interest pada 0-0,25%. Masyarakat kini makin bijak berbelanja dan mulai berfikir panjang sebelum membuat apa-apa pinjaman dengan pihak bank. 

Bank pusat yang duhulunya menjualkan rizab simpanan emas mereka, kini mulai melirik-lirik manja untuk membeli semula ketulan emas kuning itu untuk memperkukuhkan rizab simpanannya sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap Dollar US. Mereka mulai sedar, dollar kian melemah dan tindakan harus dilakukan segera.

Al-hasil permintaan terhadap precious metal (emas,silver dll) akan terus meningkat dan melonjakkan harga ke paras tertinggi yang belum pernah dicatatkan dalam sejarah ekonomi dunia. Sama-sama kita nantikan rekod baru precious2 metal ini..hihi..

Kepada mereka yang masih ragu-ragu dan menginginkan penjelasan lanjut. Mulakan langkah anda sekarang !! Hubungi dealer-dealer kami yang berhampiran dengan anda untuk maklumat lanjut.
Bersama kita membangun ekonomi diri, keluarga dan ummah.