Monday, August 8, 2011

PASARAN GOLD (8 OGOS 2011)


Sebelum pasaran ditutup pada minggu lalu(5 Ogos 2011), firma kredit Standard & Poor (S&P) telah menurunkan tahap penarafan kredit US dari AAA ke AA+. Sangat mengejutkan ini merupakan kali pertama dalam sejarah (S&P) menurunkan penarafan kredit ini di US. Penurunan taraf ini berlaku kerana kebimbangan peninghatan defisit perbelanjaan US.Jika dilihat kepada sejarah hutang US ,adalah AGAK MUSTAHIL negara berkenaan dapat menyelesaikan masalah hutangnya dalam tempoh terdekat.
PENINGKATAN HUTANG US SEJAK 1791
 Dan..
ALHAMDULILLAH.. sebaik sahaja pengumuman mengenai Kenaikan Had Maksima Hutang oleh Amerika diumumkan, serta merta berlaku lonjakan harga Gold & Silver di pasaran antarabangsa ekoran berlakunya peningkatan permintaan ke atas komoditi berharga ini bagi tujuan perlindungan harta dan kekayaan disebabkan jumlah hutang yang ditanggung oleh Amerika kini jauh lebih tinggi berbanding jumlah pendapatan yang diraih oleh negara itu.


Dikhabarkan Amerika kini menambah hutangnya sebanyak $2.3 Trillion lagi bagi tujuan pemulihan semula ekonomi dan krisis kewangan di sana. Namun begitu, ia tidak memberi apa2 makna bagi rakyat dan penduduk disana kerana mereka sedar bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi krisis hutang dan krisis ekonomi yang sedang dihadapi.

Pada Jumaat yang lalu juga, telah berlaku kejatuhan besar bagi saham2 dagangan di Wall Street ekoran kebanyakan pelabur mengambil tindakan menjual kesemua saham2 mereka membuatkan saham dagangan di Wall Street merudum kira2 sekitar 4.5% , dan impak kejatuhan ini turut dihadapi oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana saham2 yang didagangkan mengalami kemerosotan kira2 sekitar 1.4%.

Masalah dan krisis kemelesetan Nilai Dollar sebenarnya bukannya hanya menjadi masalah kepada Amerika sahaja, bahkan ianya adalah masalah global kepada negara2 yang menjadikan USD sebagai sandaran kepada Matawang mereka, dan ianya termasuk Malaysia!

Justeru, jangan sesekali melihat permasalahan dan krisis ini sebagai fenomena biasa dan tiada kena mengena dengan kita semua, kerana ianya pasti akan mempengaruhi situasi ekonomi, kuasa beli, harga barangan, pendapatan, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan negara dan pelbagai lagi masalah2 berkaitan ekonomi negara termasuk ekonomi peribadi kita.