Laporan Rizal Tahir dalam harakahdaily memperincikan butiran
kenyataan YB Dato' Husam Musa berkenaan dengan kekukuhan Dinar dan
Dirham dalam keruduman harga saham dunia.
KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan
Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di
negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang
dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan
Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata
peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.
Menurutnya, harga emas pasaran dunia
pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah
dalam kenaikan harga emas.“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini
membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak
berbuat demikian bagi mereka yang mampu.”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh
membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran
dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan
negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber
kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta. Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000. Ketika ditanya berhubung pihak tertentu
mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata
kritikan itu hanya kerana sentimen politik. ”Mereka mengkritik bukan kerana takut
rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam
politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru
masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan
masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar
khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dolar Amerika
yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang
yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas
pada masa akan datang.
TAHNIAH KEPADA YANG SUDAH MENUKAR ASET KEPADA EMAS..ANDA BILA LAGI..??
"RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT MELABUR SAMBIL BERAMAL"