Emas Jatuh? Benarkah?
Salam buat teman-teman,
Elakkan
membaca banyak berita tentang kejatuhan emas, supaya kita tidak
terjerat dengan harga yang tidak pasti akibat panik harga semakin
menyusut.
Emas masih tetap menjadi medium simpanan pelaburan paling selamat dalam abad ini dan akan datang disebabkan:
1.
Emas masih menjadi piilihan ramai dan pada bulan September 2011
terutama pembelian secara besar-besaran dalam kalangan penduduk India
dalam bentuk barang kemas kerana bermulanya musim perkahwinan di sana
(Austin Kiddle, Penganalisis Sharps Pixley di pasaran London Broker)
2.
Emas melindung nilai dari bahang inflasi yang masih membahang sekarang.
Ini disebabkan faktor iklim tidak menentu telah menyukarkan makanan
utama di sesebuah negara dapat dikeluarkan seperti diharapkan. Ditambah
dengan faktor bencana alam di sana sini dan peperangan saudara di Asia
Barat yang masih belum selesai masih merumitkan perkembangan ekonomi
global yang sihat.
3. Ramai penganalisis seluruh dunia yang
terlibat dengan emas telah mengubah harga ramalan emas pada tahun ini,
dari berakhir tahun 2011 emas diakhiri dengan USD1750/oz, meningkat
kepada USD1900/oz dan terkini ada yang meramalkan harga emas dicapai
sehingga USD2000 hingga USD3000/oz seperti yang pindaan harga ramalan
emas oleh bank besar Citygroup dan UBS( Claudia Assis and Chris Oliver,
MarketWatch)
4. Austin Kiddle, seorang penganalisis yang
berpangkalan di London broker hari ini (Rabu) yang menjalankan
perniagaan Sharps Pixley, mengatakan bahawa penurunan harga mendadak
emas semasa adalah "lebih kepada pengambilan untung daripada mengambil
langkah keluar dari wilayah yang selamat." Ini bermakna pelabur-pelabur
mengeluarkan profit dan kembali semula bila ada isu-isu baru yang
menyokong kenaikan harga emas.
Manakala Jon Nadler, Penganalisa
Kitco Metals pada hari Selasa berhujah bahawa ramai spekulator
mengalihkan pelaburan emas ke dalam pertaruhan berisiko, walaupun
beberapa penganalisis meramalkan emas pada $ 2,000 ataupun $ 3,000/oz.
(Myra Saefong)
Faktor-faktor memungkinkan kenaikan harga emas ialah:
1. Faktor harga emas yang rendah mengembalikan kerancakan pasaran emas.
2. Pengumuman data US Jobles dan Persidangan Jackson Hole.