Tuesday, September 27, 2011

Federal Reserved Menari Twist


Kalau anda tengok carta emas atau perak semalam, mungkin akan sakit jantung dibuatnya. Terutamanya perak, dari harga spot $40 terus menjunam ke $30. Tetapi setiap kali insiden pergerakan harga pasaran berlaku dengan mendadak, sudah pasti ada tangan yang tersembunyi cuba memanipulasi harga pasaran.

Kita perlu bertanya, kenapa harga menjunam ? Adakah ada lambakan bekalan ? Adakah ada instrumen lain yang lebih menarik yang menghasilkan pulangan yang lebih tinggi ?

Adakan semua ini boleh berlaku dalam masa 3 jam sahaja ??

Apa Sebenarnya Berlaku ?

Sehari sebelumnya, pengerusi Federal Reserved, Ben Bernarke membuat pengumuman untuk melancarkan Operation Twist. Secara ringkasnya operasi ini adalah untuk memanipulasi pasaran bond Amerika. (berita disini)

 

Kenapa pasaran bond ?

Bond secara umum merupakan satu sijil atau perjanjian yang dikeluarkan oleh kerajaan atau badan swasta untuk mengumpul dana untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Ianya seperti satu perjanjian pinjaman, dimana pembeli sijil ini akan dijanjikan pulangan balik dalam bentuk dividen tahunan.

Dalam kes Operation Twist hari ini adalah bond kerajaan.

Bond yang dikeluarkan oleh kerajaan biasanya stabil, dimana kerajaan negara tersebut akan membayar balik faedah tepat dan seperti yang dijanjikan. Ini menjadikan bond sebagai salah satu “safe heaven” terutamanya negara yang mempunyai status kredit yang tinggi seperti AAA (sebab itu bila US kena “downgrade” huru hara dibuatnya).

Kerana ianya stabil, ianya dijadikan sebagai rujukan piawai untuk agensi kredit seperti bank untuk menetapkan kadar faedah pinjaman. Jadi faedah pinjaman perumahan atau kereta anda ada hubung kaitnya dengan pulangan bond ini. (jadual bond Malaysia)

 

Matlamat Operation Twist

 

Jika anda selalu mengikut perkembangan US Dollar dan Federal Reserved terutamanya Ben Bernarke, anda boleh lihat idealogi yang digunakan ialah

Ekonomi berkembang dengan berbelanja.
Bermakna, wang mesti terus bergerak didalam sistem kewangan untuk memacu pembangunan ekonomi. Dan dalam kamus Federal Reserved, berbelanja = pinjam lebih banyak wang.

Dan untuk mencapai matlamat ini (mengalakan pinjaman) faedah mesti rendah.
Pulangan bond agak pelik, tetapi saya tidak akan huraikan disini. Ada banyak sumber lain anda boleh rujuk seperti disini. Umumnya bila harga bond naik, pulangannya turun dan begitu juga sebaliknya.

Perlaksanaan Operation Twist adalah dimana Federal Reserved akan menjual bond jangka masa pendek untuk mengumpul dana. Dana ini kemudianya akan digunakan untuk membeli bond jangka panjang.

Jadi mengunakan konsep “supply and demand”, apabila bond jangka masa pendek dijual dengan banyak akan berlaku lambakan. Ini akan menyebabkan harganya jatuh dan pulanganya meningkat.

Dan apabila bond jangka masa panjang banyak dibeli dengan banyak, menyebabkan kekurangan bekalan. Ini akan menaikan harga bond tersebut dan menurunkan kadar pulangan.

Jadi apabila Federal Reserved berbuat demikian, pulangan bond jangka masa pendek naik dan jangka masa panjang menurun, dan secara teorinya akan meneutralkan (purata) pulanganan bond dan menurunkan lagi kadar pulangan bond, terutamanya jangka masa panjang.

Rajah dibawah adalah ilustrasi dimana pulangan bond cuba dinuetralkan pada 2%



Apabila ini berlaku, kadar faedah pinjaman akan turut turun, dan mengalakkan lagi pinjaman.

Impak Kepada Orang Ramai (secara teori)

 

Apabila faedah semakin rendah, untuk orang kebiasaan seperti kita, ini akan mengalakkan kita untuk membiayai semua pinjaman rumah dengan faedah lebih murah atau mendapakan pinjaman peribadi dengan kadar yang lebih menarik. Atau peniaga untuk mendapatkan pinjaman yang lebih baik untuk mengembangkan perniagaan

 

Apa Yang Berlaku Petang Semalam ?

 

Sehari selepas Ben Bernarke mengumumkan Operation Twist, pasaran emas dan perak terus merundum. Manakala USD bertambah kuat.

Jadi pada pendapat saya, memandangkan Ekonomi Eropah yang semakin tenat, semasa pasaran London dibuka petang semalam, pelabur dari Eropah berpusu-pusu memindahkan asset pelaburan mereka dari Euro ke USD. Kerana mereka berpendapat Operasi Twist ini sedikit sebanyak akan memberi pulangan yang lebih berbanding pelaburan asset di Eropah.

Pemindahan asset ini menyebabkan permintaan USD yang meningkat menyebabkan harga pasaranya mengukuh.

 

Adakah Ianya Akan Berhasil ?

Ramai yang tindakan ini tidak akan berhasil kerana pulangan bond US sudah terlalu rendah. Berapa rendah lagi mereka boleh pergi untuk mendapatkan impak maksima ?


Cara ini pernah dilakukan sebelum ini pada tahun 1960, namun ianya hanya menurunkan kadar faedah sebanyak 0.15%.

Pada pendapat saya, ini hanya sementara kerana ianya satu bentuk manipulasi atau penipuan. Ianya tidak akan bertahan lama.Usah tergugat dengan permainan angka pihak barat.


p/s : Tidak ramai yang berjaya menjangkakan pasaran emas @ silver akan jatuh sejauh ini. Kebanyakan dari kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat atau hanya 'gamble' menjualkan asset kita. Ini kerana kebanyakkan indikator-indikator gagal menunjukkan sebarang hasil yang memuaskan. Jika anda tergolong dalam pelabur@pemegang emas fizikal sempat menjualkan emas anda pada harga yang tinggi dahulu dan berjaya membeli semula dengan harga yang lebih rendah itu adalah bonus buat anda. Namun, sekiranya tidak..usah anda khuatir..usaha anda menukarkan fiat anda sebenarnya juga telah menguntungkan anda. Ingat menyimpan emas dan perak ini adalah untuk middle and long term investment.

by : petibesi