Wednesday, November 23, 2011

Halaqah TV9 : Dinar Emas


Walaupun video ini agak panjang durasinya namun, ia amat berbaloi untuk ditonton jika berbandingkan dengan nilai ilmu yang akan disampaikan. Semoga ilmu yang dikongsikan akan bermanfaat.

Alhamdulillah...saban hari semakin ramai masyarakat kita yang mulai sedar kepentingan Emas & Perak sebagai medium untuk bermuamalat dan penyimpan nilai kekayaan sebenarnya. 
Sudah terlalu lama kita dimomokkan oleh permainan Yahudi yang memanipulasikan angka-angka nilai fiat (duit kertas) di pasaran saham mahupun di bank-bank seantero dunia (dimana kita kononnya menyimpan wang fiat kita sebagai asset masa hadapan). Sedar atau tidak, inflasi terus menekan nilai wang fiat menjadikannya semakin kecil dan lambat laun tidak bernilai dek sifat tamak manusia yang kononnya menggelar diri sebagai kuasa ekonomi dunia.
Namun, dunia kian berubah..segala yang haq pasti akan terungkap jua akhirnya. Emas & Perak (atau lebih dikenali sebagai The God money) terus menjadi buruan bagi mereka-mereka yang mempunyai ILMU kerana "intrinsic value" yang ada pada kedua-dua logam ini dan nilainya yang hampir stabil sepanjang zaman. Emas & Perak sesuai dijadikan sebagai simpanan(asset yang bernilai) atau sebagai medium untuk bermuaamalat.
Semoga lebih banyak pendedahan dan pendidikan dalam media massa arus perdana tentang ilmu ekonomi Islam dapat dikupas dengan harapan dapat membuka mata lebih ramai insan-insan yang masih ragu-ragu diluar sana untuk mempersiapkan diri menghadapi kegawatan ekonomi yang bakal melanda dunia tidak lama lagi. Tidak dilupa juga menjadi tugas kita, untuk sama-sama menyampaikan ilmu yang kita miliki agar dapat kita setidak-tidaknya menyelamatkan ekonomi diri,keluarga dan ummah.