Monday, April 18, 2011

7 sebab HARGA EMAS akan MENINGKAT tinggi akhir 2011?


Harga emas dijangka akan meningkat sehingga 1700 dolar/oz pada akhir tahun 2011. 7 faktor asas yang menyumbang kepada kenaikan harga emas:
Pertama 
Dasar fiskal dan kewangan serta kadar hutang Negara AS yang semakin meningkat dan kemorosotan nilai dolar US akan menyebabkan kadar inflasi global meningkat tinggi.
Kedua 
Ketidakstabilan krisis ekonomi di negara eropah, terutamanya terhadap penerimaan penggunaan euro sebagai matawang dirantau eropah telah menyebabkan kemerosotan pengukuhan nilai mata wang tersebut.
Ketiga 
Negara China telah muncul sebagai sebuah negara mengimpot emas sebagai pelaburan negara. Ia juga sebagai dasar negara yang menyokong pemilikan emas bagi mengatasi masalah inflasi negaranya.
Keempat 
Permintaan emas yang sentiasa meningkat dan berterusan dari Negara India dan lain-lain Negara ASIA.

Kelima 
Kemerosotan kekukuhan nilai dolar AS dan euro berbanding dengan China dan Rusia yang menggunakan simpanan emas sebagai rezab matawang mereka.
Keenam 
Peningkatan pelaburan emas di AS dan Negara Eropah secara runcit dan institusi menyebakan permintaan terhadap emas di Negara tersebut semakin menarik. 

Ketujuh 
Kekurangan pengeluaran dari lombong-lombong emas dalam 5 tahun akan datang bagi menampung permintaan terhadap barang kemas, pelaburan dan sebagai rezab mata wang sesebuah Negara adalah penyumbang terbesar terhadap peningkatan harga emas global. 
Renung2kan..dan selamat melabur bersama kami di duniakiaberubah....
dunia kian berubah..anda bila lagi..? :)wassalam..

Thursday, April 14, 2011

LONJAKAN HARGA EMAS TAHUN 2011

SENYUMAN BERNILAI..Harga emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini.
Tentu ramai yang tersenyum membaca tajuk entri ini dan tidak kurang juga yang teruja untuk menambahkan stok emas masing- masing. Dan bagi sesiapa yang masih ragu-ragu atau masih berfikir panjang untuk melibatkan diri dalam pelaburan emas, ikuti keratan utama akhbar KOSMO hari ini....

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah. "Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Wednesday, April 13, 2011

HARGA EMAS DIJANGKA MENINGKAT SEHINGGA AKHIR TAHUN

Melihat kepada Analisis Teknikal trend semasa harga emas ini, dijangkakan yang harga emas akan membuat pendakian berterusan sehingga ke bulan Julai, dan jika jangkaan ini berlaku kemungkinan Retracement akan berlaku pada bulan Ogos sebelum pendakian diteruskan semula hingga ke akhir tahun 2011.

sumber: Pelabur Jutawan

Saturday, April 9, 2011

KENAPA HARGA EMAS BERBEZA-BEZA....?

Soalan ini sering ditanya oleh ramai orang tatkala melihat perbezaan harga emas yang dilihat di dalam TV atau akhbar membuatkan mereka merasa ragu2 untuk membeli emas kerana merasakan harganya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan yang dilihat di kaca TV. Ini adalah kerana.....

1.  Harga emas fizikal tidak mempunyai harga Siling, iaitu ianya tiada harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga Lantai atau harga Minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah2 yang kebiasaannya boleh dirujuk di laman web "kitco.com". Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

2- Justeru, apabila ianya dizahirkan didalam bentuk fizikal, sudah pasti terdapat beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Labour Cost, Security dll kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Kebiasaannya, syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang terlibat seperti Public Gold, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.

4- Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi.

5- Disebabkan faktor2 ini juga banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas secara Trading, iaitu mereka mengimport emas dari luar secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli atau Dealer mereka tanpa perlu menanggung kos2 tambahan tersebut. Kebiasaannya, disebabkan mereka mahu produk tersebut dijual dengan cepat bagi mengelakkan risiko kerugian, mereka akan menjualnya pada harga yang lebih rendah dan mengenakan kadar spread (beza harga jual/beli) yang lebih tinggi bagi mengaut lebih banyak keuntungan

Friday, April 8, 2011

$1,600 Gold “Within Range” This Year, Says GFMS



GFMS, one of the world’s foremost metals consultancy firms, reiterated its bullish outlook on gold bullion due to a myriad of economic and political factors.

At Paydirt’s Gold Conference in Perth, Australia on Wednesday, GFMS World Gold managing director Paul Burton stated that ”We’re probably going to see the $1,500 per ounce mark broken and certainly the $1,600 mark is within range this year.”

Burton also noted that GFMS is “still quite optimistic” on the yellow metal over the next two years.

He went on to say that the firm’s outlook “really depends on how the major economies of the world, how the governments, react and try to keep growth within our economies…How you see governments respond to the economic crises around the world and if they continue with their quantitative easing, it is going to have a major impact on investor demand and where the gold price is going.”

If central banks in the world’s developed economies were to tighten monetary policy, Burton acknowledged that other asset classes would likely become more attractive than gold.

However, even in a worst case scenario for the yellow metal, Burton does not see gold falling below $900 per ounce. “We don’t certainly see the gold price going down to the 2001 $250 an ounce level again.”