Tuesday, November 16, 2010

KEPENTINGAN DINAR EMAS DALAM ISLAM.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun bertajuk “Al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.
  • Kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki menjadikan Turki berhutang.
DINAR EMAS PERTAMA DI DUNIA
 
Sedarilah pembaca sekalian, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan banyak berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak keburukan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran.
  • Riba sangat jelas dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).
  • Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahud dan antara tanda kemunculan Dajjal adalah amalan riba.”
SISTEM PELABURAN EMAS SANGAT TELUS DAN TANPA RIBA...Jom ramai2 SAMA-SAMA MELABUR EMAS ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini. Kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap.

CARTA KENAIKAN HARGA EMAS

2 FAKTOR UTAMA HARGA EMAS & PERAK SEMAKIN MENINGKAT..(^-^)

  • FAKTOR PERTAMA: Kejatuhan nilai duit kertas akibat cetakan duit yang berlebihan. Cetakan ini boleh dilakukan oleh 2 pihak yang berkuasa mencetak duit secara sah.
Di Zimbabwe, kesan cetakan wang kertas yang berleluasa telah menyebabkan negara tersebut mengalami Hyperinflasi (nilai wang kertas semakin jatuh/semakin lama semakin susut nilainya). Kesan daripada ini, harga barang yang anda lihat semakin naik menunjukkan nilai matawang kita semakin susut nilai. Ini bukan sahaja wang ringgit, apa-apa saja wang kertas malah mata wang lain termasuk USD juga semakin susut nilai.
 
HyperInflasi di Zimbabwe menyebabkan harga tiga biji telur 100 Billion Zimbabwe dollar.
Teringat kata-kata Tun Dr. Mahathir "Dollar seperti tisu tandas"
 
  • FAKTOR KEDUA: Faktor asas mana-mana perniagaan iaitu penawaran dan permintaan. Jika bekalan emas dan perak kurang dalam pasaran dan permintaan tinggi, maka harga naik. Kes ini berlaku di musim-musim perayaan. Sebab tu harga emas naik bila musim raya puasa, raya deepavali, raya krismas dan tahun baru cina dan sebagainya tapi bila musim panas dan orang cuti, harga emas dan perak turun.Perkara yang sama juga berlaku pada daging, ayam, bawang, cili dan barang-barang lain. Kenaikan dan penurunan harga disebabkan faktor ini  tidak berlaku secara berterusan dan jangka masa lama.
Kesimpulannya harga emas dan perak akan bergantung kepada kesan percetakan duit dan juga permintaan/penawaran. Harga emas dan perak menuju puncak sekarang ini (terutamanya dari tahun 2001 hingga sekarang) adalah kesan dari faktor yang pertama. Jika proses cetakan duit ini tidak berhenti, selagi itulah harga emas dan perak akan berada dalam graf menaik. Bila akan berhenti ? Suatu masa bila sistem fiat money / duit kertas ini luput dari muka dunia untuk sekian kalinya.

Apa kata DATO’ SALLEH MAJID (bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur kini Bursa Malaysia)

BIJAK MELABUR

  • Beliau diminta menerangkan mengapa WAJAR melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.
  • Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.
  • Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.
  • Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.
  • Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran. 
  • Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.
  • Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas? Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan. 
  • Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.
  • Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama EMAS dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru. 
  • Contoh yang paling mudah ialah di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Ingatlah bahawa emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, EMAS TETAP EMAS.

Monday, November 15, 2010

EMAS : ASET KEKAYAAN

EMAS SEBAGAI ASET KEKAYAAN

Emas merupakan aset yang PALING BERNILAI dan nilainya tidak akan luput ditelan zaman. Sejak dari dahulu lagi emas merupakan simbol kekayaan bagi seseorang berbanding wang kertas.  Percayalah, wang kertas bukan cara untuk menjamin kejayaan anda kerana nilainya akan menyusut dari hari ke hari. Jadi mari sama-sama kita menyimpan dalam bentuk EMAS YANG LEBIH BERNILAI. Disini saya akan berkongsi tentang keistimewaan emas berbanding wang kertas.....:)
1. EMAS SEBAGAI PENYIMPAN NILAI TERUNGGUL.


Tetap bernilai walaupun telah berabad usianya (makin bertambah nilainya)
  • Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”. Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.. 
  • Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. IA GAGAL MENYIMPAN NILAI UNTUK JANGKAMASA PANJANG. Musuh utama wang kertas ialah INFLASI yang menghakis nilai wang kertas ini.
  • Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Anda tidak perlu takut dan ragu-ragu akan kehilangan nilai dalam jangka masa panjang.

2.EMAS ADALAH SIMBOL KEKAYAAN SEBENAR.

Debu emas tetap bernilai


Wang kertas yang senang untuk dibinasakan
  • EMAS tidak boleh dibinasakan tidak kira samada dibakar, di rendam dalam asid atau berkarat. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Tetapi WANG KERTAS tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul. Hatta dalam bentuk debu pun,EMAS MASIH BERNILAI. 
  • Jadi? Adakah anda masih percaya wang kertas yang mudah terbakar, reput, lusuh dan dicetak sesuka hati layak menjadi simbol kekayaan sebenar? Tepuk dada tanya minda. 

3. EMAS SEBAGAI SIMBOL KEJAYAAN.

Piala Dunia 2010 – Piala emas yang hebat.

  • Kita semua sedia maklum, pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 telah berakhir.  Sepanyol telah menjadi juara dunia dan menjulang Piala Dunia buat kali pertama.Kemenangan hebat mereka diserikan dengan menjulang Piala Dunia yang diperbuat daripada emas.
  • Kenapa dipilih emas..? Ini kerana emas mempunyai auranya yang tersendiri. Dengan kata lain, semua manusia senang tertarik dengan emas dan menjadikan EMAS untuk meraikan pencapaian tertinggi dan terbaik.



Fakta Piala Dunia FIFA.
1.      Ia diperbuat daripada emas 18 Karat
2. Beratnya ialah 5 kilogram
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter).


4. EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASIKAN.
  • Emas sukar diperoleh, sangat unik dan tidak boleh dicipta.Ini berbeza sekali dengan wang kertas kerana ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun
  • NILAI RM 1 JUTA HARI INI PASTINYA TIDAK AKAN SAMA DENGAN NILAI RM1 JUTA PADA 5 TAHUN AKAN DATANG.   Emas pula akan tetap bernilai RM1 juta pada 5 tahun akan datang (malah mengikut trend harga pasaran semasa, harganya PASTINYA meningkat)

Kenaikan harga emas. Fikir- fikirkanlah......
  • Sekiranya anda mempunyai wang kertas bernilai 10 ribu ringgit...anda mungkin menjadi jutawan di Indonesia, Bangladesh atau Zimbabwe..TETAPI sekiranya anda membawa nilai yang sama ke US..nilai wang anda ber “flactuate” mengikut ekonomi US yang tidak stabil..anda mungkin dapat menyara hidup disana TIDAK LEBIH dari 5 hari.. 
 
5. NILAI WANG KERTAS AKAN MENURUN HARGA EMAS PASTI MENINGKAT ;)

Sudah terlalu jelas keuntungan pelaburan emas.
  • Bayangkan perbelanjaan persekolahan anda 10 tahun yang lepas...ibu bagi duit RM2..macam-macam boleh beli..nasi lemak 1 ringgit,air 50 sen dan sekolah petang 50 sen. Tetapi cuba lihat perbelanjaan sekolah anak-anak kita sekarang...RM5 belum tentu cukup sampai ke petang..Sedarilah betapa mata wang kertas akan jatuh nilainya dalam jangka masa panjang tetapi kesannya sudah boleh dilihat sekarang.Wang kertas merupakan penyimpanan nilai yang lemah.