Saturday, January 1, 2011

AZAM TAHUN BARU

AZAM TAHUN BARU : MEMUPUK KESEDARAN TENTANG PELABURAN EMAS & PERAK





Salam tahun baru kepada semua pembaca yang dihormati...

Sebelum meneruskan bicara, izinkan kami memohon kemaafan atas segala kesalahan atau kekurangan kami sepanjang tahun 2010. Kami juga ingin mengambil kesempatan mengingatkan diri ini, supaya mengambil iktibar atas kekhilafan lalu. Moga-moga di tahun 2011 ini kita semua diberi lebih kesihatan, rezeki dan kejayaan dalam mengharungi setiap liku-liku kehidupan yang bakal kita semua tempuhi. Semoga tahun membawa 1001 kejayaan, kebahagiaan dan dapat mendidik kita semua agar sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan dan bertambah patuh kepada suruhanNYA. 

Alhamdulillah dengan izinNya semua yang dirancang pada tahun lepas berjalan lancar walaupun kami terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran. Semua cabaran itu adalah ilmu dan guru yang terbaik untuk mematangkan  diri kita. Untuk berjaya, kita perlu menghadapi semua cabaran dengan senyuman dan positifkan minda.

Tahun baru menjelma lagi, selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2010. Pahit manis memori sudah tersemat dalam kotak ingatan kita.

Dalam beberapa jam atau hari ini, kami percaya ramai akan berbicara tentang azam tahun baru. Kita semua  mempunyai  azam yang tersendiri. Kami ingin mengambil kesempatan untuk  berkongsi tentang satu perkara sahaja iaitu tentang “kesedaran”. Pada tahun ini salah satu azam utama kami ialah untuk memupuk lebih kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya yang beragama Islam tentang masa depan pelaburan emas &perak yang sangat cerah.

Bagi kami, berniaga emas bukan bermakna kita perlu memujuk, tawar menawar dan mengatakan bahawa harga yang kami tawarkan jauh lebih murah dari pasaran semasa. Tetapi yang paling penting ialah kami cuba tanamkan kesedaran di dalam diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan masyarakat awam bahawa pelaburan emas dan perak ini adalah selari  dengan kehendak agama Islam. Apa yang pasti, setiap apa yang diperkatakan oleh agama itu adalah benar dan untuk kemakmuran sejagat. Emas dan perak adalah pelaburan jangka masa panjang dan harganya pasti menigkat seiring dengan mekanisme permintaan dan penawaran. Justeru kepada sesiapa yang sudah sedar akan kepentingannya, sebar-sebarkanlah ilmu yang dimiliki kerana matlamat utama kita ialah untuk membangunkan ekonomi bukan sahaja diri dan keluarga tetapi umat Islam secara keseluruhannya. InsyaAllah..semoga segala usaha kita dipermudahkan dan memperoleh keberkatan dariNya.

Kami pasti ramai yang tertanya-tanya apakah ramalan harga emas untuk tahun 2011?  

Alhamdulillah, seperti yang dijangkakan keputusan berita ekonomi yang diumumkan pada 29 Disember 2010 yang lalu ternyata tidak memihak kepada Amerika, sekaligus melonjakkan harga komoditi Gold & Silver di pasaran dunia. 

Bagi mereka yang mengikuti  pasaran semasa, beberapa minggu yang lalu pergerakan Gold & Silver berada di dalam keadaan Sideway atau Ranging. Kebiasaannya situasi seperti ini berlaku disebabkan para Trader tidak melakukan dagangan kerana sedang menantikan pengumuman yang berkaitan dengan keadaan ekonomi semasa (Economic Indicator). 

Namun, sebaik sahaja keputusan diumumkan, para Trader memasuki pasaran secara serentak dan menyebabkan harga melonjak naik dengan mendadak. Lantas seperti yang dapat anda saksikan harga emas dan perak menigkat dengan mendadak dalam 2-3 hari terakhir. 

Jom kita lihat prediksi graf pendakian bagi GOLD dan SILVER untuk tahun 2011.


GOLD

SILVER



 
Rebutlah peluang yang ada sebelum terlambat. Mulakan tahun baru dengan azam dan misi yeng jelas. Masukkan azam untuk memulakan dan menambah pelaburan emas dan perak dalam list azam tahun baru anda. Moga-moga kami dapat melihat senyuman anda di akhir tahun nanti apabila harga emas dan perak meningkat sepanjang tahun 2011 ini. 

Kepada yang berkemampuan, anda amatlah dialu-alukan menjadi agen PG. Di samping membeli, anda juga akan mendapat menjana keuntungan. Sertailah rangkaian PG kami dan semoga kita semua lebih berjaya pada tahun 2011 ini.

“bersama kita membangun ekonomi ummah”