Monday, January 3, 2011

Emas vs ASB

Salam buat semua...

Hari ini 03/01/11 merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelabur-pelabur ASB. Masing-masing sudah tidak sabar untuk mengeluarkan duit dividen ASB. Siapa yang menyimpan banyak pasti terasa nikmat dividen sebesar 8.75% itu. Namun sayangnya, rata-rata kita bukanlah pelabur yang mempunyai aset yang besar, majoriti antara kita menyimpan antara 30-50 ribu ringgit. Mungkin paling tinggi pun 100-150 ribu ringgit dengan memanfaatkan loan dari bank (yang sebenarnya masih dikira hutang dan bebanan pada keluarga sekiranya kita tiada, cuma kita tidak perasan atau buat-buat tidak nampak...)

So, bagaimana nak melabur tapi bebas dari hutang yang sebenar-benarnya? Pelaburan yang baik, transparent, telus dan lebih menguntungkan!! Pelaburan yang dapat kita kuasai sendiri tanpa adanya risiko inflasi!! Yang dapat digunakan di seluruh dunia tanpa susut nilainya!!! Saya cadangkan kepada anda semua supaya menggunakan duit dividen tersebut untuk memulakan pelaburan emas & perak. Sekiranya anda bermula sekarang, saya pasti diakhir tahun 2011 ini anda akan mengukir senyuman@tersengih selebar-lebarnya.... :)  

Lihat saja entry saya sebelum ini, graf prediksi kenaikan emas pada tahun 2011 mencecah 24% dan kenaikan perak mencecah 81%!! .

Mulakan pelaburan anda di awal tahun, barulah anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan nilainya secara penuh pada hujung tahun. Apa yang pasti, nilai emas dan perak tidak punah dimamah inflasi dan keuntungan yang direkodkan selama ini sentiasa menguntungkan jauh dari hasil pemberian dividen ASB!!!

Pelaburan emas & perak akan menjanjikan anda kenaikan lebih tinggi berbanding ASB. Kenaikan dividen ASB tahun 2010 ialah 8.25% berbanding emas telah naik sebanyak 24.87% (sehingga 30.12.2010). Keuntungan melabur emas lebih kurang 3x ganda berbanding ASB. Tepuk dada tanyalah minda.

Kenaikan Harga Emas Sepanjang Tahun 2010
Kepada yang sudah mula melabur, teruskan melabur demi kesejahteraan masa hadapan. Kepada yang berminat ataupun masih belum jelas tentang pelaburan ini, jangan segan silu untuk bertanya..hubungi saya HAZIQ ( 012-5596485). 

Ingat, malu bertanya sesat jalan. Bertindaklah dengan lebih bijak. Jangan menyesal di kemudian hari..