Friday, January 14, 2011

Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Emas

Harga emas di pasaran adakala naik adakala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab bila ada duit atau harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar semakin jatuh harga emas akan naik.

Faktor Ketiga - Pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik.

Faktor Keempat – Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

**Jenis emas terbaik untuk anda buat pelaburan adalah emas 24 karat atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Bagi Emas 916 pula peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula susut nilainya sangat tinggi dan harus di elakkan sekiranya ingin membuat pelaburan.